BAYERN 3 HANNOVER 1

Persembahan yang dipamerkan oleh Thomas Muller selepas kembali bersama pasukan dipuji oleh pengendali Bayern Munich, Jupp Heynckes, ketika mereka menewaskan Hannover 3-1 untuk mendahului saingan Bundesliga dengan kelebihan enam mata.


Arturo Vidal membuka jaringan buat Bayern sebelum percubaan Robert Lewandowski dibatalkan apabila sistem video bantuan pengadil (VAR) mendapati penyerang itu dalam kedudukan ofsaid.

Di sebalik persembahan cemerlang Bayern, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Charlison Benschop.

Bagaimanapun, Bayern mempertingkat mutu permainan dengan menjaringkan dua gol -- Kingsley Coman mengembalikan kelebihan buat Bayern sebelum Lewandowski memastikan mata penuh diperoleh di Allianz Arena.

Muller, yang kali terakhir beraksi pada 21 Oktober lalu kerana mengalami kecederaan hamstring, merupakan perancang kepada dua gol pertama Bayern, serta jaringan Lewandowksi yang dibatalkan itu, dan Heynckes teruja dengan persembahan penyerang Jerman itu.

"Dalam separuh masa pertama, jurang di antara kedua-dua pasukan terlalu besar. Hannover mempamerkan aksi cemerlang.

"Kemudian, kami bermain dengan yakin dan menentukan rentak perlawanan selepas permainan bersambung. Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakannya, ia kemenangan yang berhak diraih Bayern.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati; Thomas Muller kembali beraksi sejak Oktober, Kingsley Coman turut direhatkan selama dua minggu, Jerome Boateng turut kembali mencari rentak. Saya sangat gembira."