Herrera puji sumbangan Neymar

Oleh Ammar Hakim 15 April 2020 59
Herrera puji sumbangan Neymar
Pemain tengah Paris Saint-Germain, Ander Herrera, memuji sumbangan menakjubkan Neymar kepada kelab Ligue 1 itu.

PSG mendahului Ligue dan melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) -- ditambah melangkah ke final Pial Perancis dan Piala Liga -- ketika musim ditangguh ekoran pandemik koronavirus.

Herrera membincangkan mengenai usaha Neymar buat PSG, terutama sekali ketika aksi pusingan 16 UCL berdepan Borussia Dortmund.

"Kami semua ke rumahnya dan makan bersama-sama... dia seorang yang fokus, memastikan setiap pemain turut sama sepertinya," katanya.

"Apabila saya melihat beberapa wartawan yang memberitahu Neymar tidak memikirkan PSG, saya melihat apa yang telah dilakukannya. Sesuatu yang menakjubkan.

"Neymar telah banyak menyumbang kepada kelab. Seorang pemain bertaraf dunia."


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/-IZsTkpFpgM" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


Herrera berharap musim ini dapat disambung semula walaupun Perancis antara negara memiliki kes koronavirus yang tinggi.

Hampir dua juta kes yang disahkan positif dan lebih daripada 126,000 kematian di seluruh dunia, dengan Perancis telah menyaksikan lebih daripada 15,700 kematian ekoran COVID-19.

"Saya berharap saingan dapat disambungkan. Saya bukanlah seorang pakar tetapi ia dapat diteruskan tanpa kehadiran penonton.

"Bagi saya, bola sepak harus diteruskan tetapi perkara paling utama adalah kesihatan."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen