Hazard, Mbappe atau Neymar? Meunier pilih Varane untuk Ballon d'Or

Oleh Penulis Jemputan 11 Oktober 2018 785
Hazard, Mbappe atau Neymar? Meunier pilih Varane untuk Ballon d'Or
Eden Hazard berada setaraf dengan Kylian Mbappe dan Neymar, kata Thomas Meunier tetapi benteng Belgium itu memilih Raphael Varane untuk mengatasi ketiga-tiga bintang itu dan meraih anugerah Ballon d'Or.

Hazard kini menjaringkan tujuh gol dalam lapan aksi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea musim ini dan kualiti permainan yang ditampilkan menyebabkan dia dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Meunier, mengakui dia lebih cenderung untuk memilih rakan senegaranya itu berbanding Mbappe dan Neymar.

Namun, jika dia terpaksa memilih senarai pendek untuk anugerah Ballon d'Or 2018, pemenang Piala Dunia yang juga bek tengah Perancis, Varane, menjadi pilihan Meunier.

"Jika saya terpaksa memilih di antara Hazard dan Neymar untuk meraih Ballon d'Or, pilihan saya adalah Varane," katanya.

"Penyerang sentiasa menjadi pilihan tetapi Varane menjulang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara Eropah. Dia konsisten, saya gemar menyaksikannya beraksi dan dia berada di puncak.

"Terdapat logik untuk menghormatinya. Varane memenuhi kriteria dan menjadi pilihan."

Mengenai Hazard, dia menambah: "Saya rasa Hazard berada di tahap yang sama seperti Mbappe dan Neymar ketika ini. Mereka beraksi cemerlang setiap minggu.

"Sangat sukar untuk melakukan perbandingan."

Sementara itu, seorang lagi pertahanan Belgium, Toby Alderweireld, turut berkongsi pandangan Meunier mengenai Hazard, dengan mengatkaan bintang Chelsea itu menampilkan aksi bola sepak terbaik dalam kariernya.

"Saya rasa Hazard benar-benar berada di tahap terbaik ketika ini," ujar Alderweireld.

"Bagi saya, dalam beberapa minggu terakhir, Hazard beraksi di tahap tertinggi.

"Dia adalah pemain yang hebat."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen