Kai Havertz enggan mengambil risiko merosakkan reputasinya di Bayer Leverkusen dengan membincangkan spekulasi mengenai masa depannya.

Bayern Munich, Liverpool, Barcelona dan Juventus antara kelab yang mengidamkan sentuhan pemain antarabangsa Jerman itu, namun Leverkusen enggan melepaskan bintang meningkat itu dengan harga kurang daripada €100 juta (RM475.8j).

Pemain berusia 20 tahun itu meledak dua gol dalam minggu kedua berturut-turut termasuk ketika menang 3-1 ke atas Borussia Monchengladbach malam tadi, sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Peter Bosz berkenaan ke tangga ketiga Bundesliga.

Havertz memainkan peranan dalam sembilan gol kelab itu (enam gol dan tiga bantuan jaringan) dalam enam penampilan terakhirnya.



Ditanya mengenai situasinya selepas perlawanan itu, Havertz memberitahu Sky: "Saya tidak mahu mengulasnya, tentu sahaja banyak spekulasi yang berlegar-legar.

"Saya hanya menumpukan perhatian kepada musim ini dan akan melihat apa yang berlaku selepas itu.

"Saya sangat berterima kasih kepada Leverkusen dan saya tidak mahu mengganggu mereka dengan apa cara sekalipun."

Tambahnya: "Kami gembira dengan kemenangan ini, Kami meletakkan diri kami untuk menang dan kami melakukannya.

"Kami harus benar-benar memberikan segalanya hari ini dan saya fikir kami memang layak menang."