Havertz lebih bagus berbanding Ballack -- Gundogan

Oleh Ammar Hakim 6 Ogos 2020 220
Havertz lebih bagus berbanding Ballack -- Gundogan
Pemain yang dilaporkan menjadi sasaran Chelsea, Kai Havertz, adalah lebih berkualiti berbanding bekas pemain tengah, Michael Ballack, menurut Ilkay Gundogan.

Bayer Leverkusen dikatakan meminta sekurang-kurangnya EURO78 juta untuk Havertz, yang menjaringkan 29 gol dan melakukan sembilan bantuan jaringan dalam saingan Bundesliga sejak permulaan musim 2018-19.

Bintang Manchester City, Gundogan, mengakui rakan senegaranya itu merupakan pemain yang berbeza dengan Ballack, yang merupakan naib johan Liga Juara-Juara (UCL) ketika bersama Leverkusen dan Chelsea, dan juga finalis Piala Dunia bersama Jerman.

Havertz memainkan peranan dalam jentera serangan sepanjang dua musim ini dan Gundogan meminati gaya permainannya berbanding dengan Ballack.
 

"Saya menjangkakan perkara yang menarik daripadanya. Potensi Kai tiada batas," kata Gundogan kepada Sport Bild.

"Dia memiliki ketenangan dan mampu situasi yang sukar.

"Pada pandangan saya, Havertz adalah pemain yang jauh lebih baik jika berdasarkan corak permainan.

"Ballack seorang pemain yang agresif, seorang pemain yang berkualiti dalam generasinya."



Ketika Havertz berkemungkinan akan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL), Leroy Sane meninggalkan City untuk menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich.

Gundogan berasakan keinginan untuk meraih gelaran di Jerman merupakan kunci perpindahan Sane.

"Sebelum dia secara rasmi menjadi milik Bayern, dia datang kepada saya. Ia tidak mengejutkan saya dan menyedari ia akan tiba.

"Dia tidak banyak meraih gelaran di Jerman dan saya berasakan dia akan banyak membantu Bayern."


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen