Hatrik Werner bantu Leipzig pintas Bayern

Oleh Staff Writer 3 November 2019 76
Hatrik Werner bantu Leipzig pintas Bayern
LEIPZIG 8 MAINZ 0

RB Leipzig membelasah Mainz 8-0 di Arena Red Bull lewat malam tadi untuk memintas Bayern Munich dalam carta Bundesliga dengan Timo Werner terlibat dengan enam daripada jaringan itu.


Skuad kendalian Julian Nagelsmann itu menghasilkan lima gol dalam separuh masa pertama menerusi Marcel Sabitzer, Werner, Christopher Nkunku, Marcel Halstenberg dan Yussuf Poulsen.

Werner sekali lagi menemui jaringan pada tiga minit pertama babak kedua dan melakukan bantuan jaringan ketiganya untuk Nordi Mukiele menjadikan kedudukan 7-0 ketika perlawanan masih berbaki 40 minit.

Keputusan itu kemudian menjadi 8-0 sebaik Werner melengkapkan hatriknya pada tiga minit terakhir.

Kemenangan besar Leipzig itu, dibantu dengan kekalahan 1-5 Bayern kepada Eintracht Frankfurt, menyaksikan skuad kendalian Nagelsmann itu memintas juara bertahan berkenaan di kedudukan ketiga Bundesliga dengan dibezakan empat mata di belakang pendahulu, Borussia Monchengladbach.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen