AUSTRALIA 3 HONDURAS 0 (Australia menang agregat 3-0)

Kapten pasukan, Mile Jedinak, meledak hatrik untuk membawa Australia ke Piala Dunia Russia 2018 ketika berdepan Honduras dalam aksi play-off antara-benua, sebentar tadi.


The Socceroos terikat tanpa jaringan dalam aksi pertama di San Pedro Sula minggu lalu tetapi berjaya mencipta tiga jaringan dalam babak kedua perlawanan di Sydney untuk mendapatkan tiket ke Russia.

Jaringan pertama Jedinak hadir menerusi sepakan percuma sebelum Tim Cahill hampir menggandakan jaringan dengan tandukan yang sekadar melewati palang gol lawan.

Skuad Ange Postecoglou iyu melenyapkan peluang lawan mereka untuk ke Russia selepas sepakan penalti yang disempurnakan oleh Jedinak apabila bola terkena tangan Bryan Acosta.

Sepakan penalti sekali lagi diberikan kepada Australia apabia penyerang, Robbie Kruse, dijatuhkan oleh Johnny Palacios dan Jedinak berjaya mencipta hatrik bagi mengesahkan pasukannya layak ke Piala Dunia.

Kemenangan ini memastikan Australia berjaya menempah slot ke Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut -- satu kelegaan buat Postecoglou selepas skuad bimbingannya menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga di belakang Jepun dan Arab Saudi.