Penyerang muda, Matthew Hope, menjaringkan gol hatrik gemilang bagi mengelakkan Schalke daripada merekodkan 31 perlawanan Bundesliga tanpa kemenangan.

Pasukan gergasi Jerman itu tidak pernah menang dalam saingan liga sejak Januari 2020 menjelang perlawanan menentang Hoffenheim lewat malam tadi.

Jika masih gagal meraih kemenangan, mereka akan menyamai rekod terburuk Tasmanian Berlin, yang kemarau 31 perlawanan tanpa kemenangan dalam musim 1965-66.

Bagaimanapun, aksi penuh inspirasi daripada pemain berusia 19 tahun, Hoppe, memastikan kemenangan 4-0 mereka di Veltins Arena untuk menamatkan kemarau kemenangan itu dan keluar daripada kedudukan tercorot liga.

Pemain Amerika Syarikat itu tidak pernah menjaringkan gol di peringkat senior tetapi membalas kepercayaan yang diberikan Christian Groos -- jurulatih keempat Schalke musim ini.
Dengan kemenangan itu, Schalke kini berkelebihan satu mata di depan Mainz dan hanya dibezakan tiga mata dengan kedudukan playoff zon penyingkiran.