SLOVENIA 0 ENGLAND 0

Joe Hart percaya dia telah memberikan persembahan terbaik buat England ketika seri tanpa jaringan dengan Slovenia, awal pagi tadi.


Hart mengharungi hari-hari yang berliku ketika menghadapi cabaran Euro 2016 dan sebelum pengurus Manchester City, Pep Guardiola, meminjamkannya ke kelab Serie A, Torino.

Bagaimanapun, Hart tampil sebagai wira England selepas berjaya mematahkan serangan Slovenia bagi memastikan skuad bimbingan Gareth Southgate membawa pulang satu mata dari Ljubljana.

"Sukar untuk dikatakan jika ini adalah persembahan terbaik saya bersama England, apa yang pasti saya telah lama tidak beraksi seperti bertemu Slovenia," jelas Hart.

"Kami akan cuba untuk memperbaiki permainan kami, ia merupakan satu perlawanan yang sukar dan kami berjaya membawa pulang satu mata.

"Mereka memiliki peluang. Kami mendominasi permainan, namun mereka berjaya melancarkan beberapan gerakan berbahaya."