Keamatan latihan skuad Harimau Malaya ditingkatkan pada hari keempat kem kebangsaan di Johor Bahru ketika ini.

Langkah itu seiring dengan tuntutan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, yang mahu menilai tahap prestasi barisan pemain menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun depan.

"Latihan kami selama 2-3 hari ini agak perlahan (tapi) malam ini keamatan latihan akan ditingkatkan supaya pemain tahu apabila perlawanan kelayakan nanti, temponya memang tinggi.

"Tapi dalam masa sama, kami perlu berjaga-jaga untuk elak kecederaan," katanya.

Cheng Hoe menerusi satu temu bual maya bersama pengamal media hari ini termasuk wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, juga berkongsi mengenai posisi yang menjadi fokus utamanya ketika ini.

Posted by Football Association of Malaysia on Wednesday, March 24, 2021


"Prestasi Syahmi Safari, Matthew Davies dan Rizal Ghazali, nampak agak seimbang dan saya mengharapkan mereka boleh menjadi pemain serba boleh.

"Kami bukan sahaja akan memantau perlawanan UAE menentang India, malah barisan kejurulatihan juga memantau aksi mereka bertemu Uzbekistan, Tajikistan dan Bahrain tahun lalu.

"Kami dapat mengumpul maklumat kesebelasan utama mereka, jadi ia sedikit sebanyak boleh memberi gambaran kepada kami untuk menentang UAE Jun depan.