Harimau Malaya kehilangan tiga tonggak 

Oleh Penulis Jemputan 12 November 2017 10085
Harimau Malaya kehilangan tiga tonggak 
Skuad bola sepak kebangsaan menerima perkhabaran mendukacitakan apabila tiga tonggak dalam kesebelasan utama yang berdepan Korea Utara pada Jumaat lalu tidak dapat diturunkan akibat masalah kecederaan.

Tiga pemain tersebut terdiri daripada dua pemain bek kiri dan kanan, Fazly Mazlan dan S.
Kunanlan, serta Syamer Kutty Abba di bahagian tengah.

Malah, ketua jurulatih, Nelo Vingada, mungkin terpaksa melakukan rombakan besar-besaran
kerana terdapat beberapa pemain yang kepenatan.

"Ketika ini, terdapat tiga pemain yang ceder,a iaitu Syamer Kutty, Fazly dan Kunanlan serta beberapa pemain yang agak kepenatan," katanya.

Vingada yang ditemui ketika sidang media menjelang aksi kelima Kumpulan B kelayakan Piala
Asia 2019 malam esok, akhirnya jujur mengakui bahawa mutu bola sepak Liga Malaysia menjadi faktor
pemain gagal memberi saingan di peringkat Asia.

Perkara itu menjadi punca mengapa skuad negara masih terkial-kial dalam mendapatkan
kemenangan sulung sepanjang pusingan akhir pusingan kelayakan kali ini.

"Rentak permainan ketika menentang Korea Utara jelas tidak menyamai rentak dalam Liga Malaysia, jadi ia menjadi sukar buat pemain-pemain.

"Lawan memiliki larian yang lebih pantas dan kualiti yang mereka miliki sudah lebih daripada cukup untuk menyaingi kami," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen