Hanya Messi, Ronaldo mampu kejar Lewandowski -- Werner

Oleh Penulis Jemputan 15 November 2019 3895
Hanya Messi, Ronaldo mampu kejar Lewandowski -- Werner
Timo Werner mengakui peluangnya amat tipis untuk mengatasi rekod jaringan Robert Lewandowski dalam saingan Bundesliga musim ini ketika penyerang Bayern Munich itu di tahap yang sama dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Penyerang RB Leipzig, Werner, telah menjaringkan 11 gol setakat ini bagi musim 2019-20, namun kekal ketinggalan di belakang Lewandowski.

Bintang Bayern dan Poland itu meledak 16 gol dalam saingan Bundesliga dan antara pemain yang mendahului bilangan jaringan terbanyak di Eropah setakat ini dengan 23 gol dalam 18 penampilan bagi semua kejohanan -- termasuk dalam  perlawanan utama seperti Liga Juara-Juara (UCL).

Werner percaya hanya pemain terbaik dunia, Messi dan Ronaldo, mampu mencapai tahap yang sama dengan Lewandowski.

"Sukar (menjadi penjaring terbanyak)," kata Werner.

"Apabila anda menjaringkan dua gol berdepan Hertha Berlin dan kemudian menyaksikan perlawanan di sebelah petang, ketinggalan empat atau tiga gol kepada Robert Lewandowski musim ini, dan dia menjaringkan dua gol ketika bertemu Borussia Dortmund.

"Bertemu siapa yang dia bakal tidak menjaringkan gol? Sukar untuk jangkakannya.

"Bagaimana dia bermain pada ketika ini, hanya satu atau dua pemain di planet ini mampu capai tahap yang sama. Messi dan Ronaldo."

Werner bercakap bersama-sama rakan senegara, Joshua Kimmich, menjelang aksi antarabangsa Jerman.

Gandingan itu hadir menerusi akademi Stuttgart sebelum berhijrah ke Leipzig tetapi Werner mendakwa tidak membincangkan khabar angin mengenai dirinya bakal ke Allianz Arena.

"Kami langsung tidak bercakap mengenainya," katanya. "Ia hanya kebetulan ketika saya menyertai Leipzig sewaktu Kimmich berada di sana. Saya tidak meniru apa yang dilakukannya.

"Jika dia ke Real Madrid, saya tidak akan ke sana. Leipzig adalah langkah sempurna buat saya dan Kimmich.

"Namun, Kimmich awal mengambil langkah untuk ke Bayern, langkah yang sangat baik. Buat masa ini, saya masih lagi pemain Leipzig. Ia merupakan langkah terbaik saya. 

"Saya tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini tetapi saya tidak meniru Kimmich dan menyertai pasukannya."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen