Hamsik samai rekod Maradona di Napoli

Oleh Penulis Jemputan 17 Disember 2017 31
Hamsik samai rekod Maradona di Napoli
TORINO 1 NAPOLI 3

Marek Hamsik bersikap sederhana sekalipun menyamai rekod legenda, Diego Maradona, dengan menjaringkan 115 gol dalam semua pertandingan buat Napoli.


Hamsik melakukan penyudah gol ketiga dalam kemenangan 3-1 di Torino yang menghantar skuad Maurizio Sarri ke puncak Serie A, dua mata mengatasi Inter Milan yang tewas 3-1 di tangan Udinese di laman sendiri, awal hari ini.

Tetapi pemain skuad antarabangsa Slovakia itu tidak terlalu teruja selepas mengukir namanya dalam sejarah kelab itu.

"Ia menarik dapat mengetahuinya," kata kapten Napoli itu kepada Sky Sport Italia. "Sangat gembira dapat menjaringkan 115 gol sebagai pemain tengah -- itu bilangan yang bagus.

"Kami sangat gembira dengan persembahan kami kerana perlawanan itu mudah berakhir dengan banyak gol.

"Kami kembali ke prestasi kami dan ia sangat penting," katanya.

Selain mengatasi Inter, Napoli berada empat mata di atas juara bertahan, Juventus, yang bermain menentang Bologna awal pagi nanti.

"Saya tidak tahu sama ada ia adalah satu kelebihan untuk berada di puncak liga," tambah Hamsik.

"Tetapi ia boleh membantu untuk mengingati kekuatan kami dan menyedari bahawa kami perlu berjuang sehingga akhir."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen