Hajat Manchester City pertaruh Aguero tidak tertunai 

Oleh Shaiful Shamsudin 11 Januari 2021 1969
Hajat Manchester City pertaruh Aguero tidak tertunai 
MANCHESTER CITY 3 BIRMINGHAM CITY O

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero, diarahkan supaya mengasingkan diri selepas mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19. 


Aguero dijangka tampil dalam perlawanan Piala FA menentang Birmingham City di Stadium Etihad, malam tadi, selepas pulih daripada masalah lutut dan hamstring.

Namun, namanya tercicir dalam skuad itu dengan Gabriel Jesus dinamakan dalam kesebelasan utama ketika menang 3-0 ke atas wakil ke atas Liga Kejuaraan terbabit. 

Pengurus The Citizens, Pep Guardiola, kemudian mengesahkan bahawa penyerang Argentina berusia 32 tahun itu diarahkan menjalani kuarantin walaupun ujian calitannya adalah negatif.

"Sayangnya, dia mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang positif," katanya selepas pertemuan itu. 

"Dia perlu mengasingkan diri selama beberapa hari.

"Saya tidak tahu adakah ia keputusan tepat kerana seperti kami, dia telah diuji sebanyak enam kali dalam 10-15 hari terakhir. Hari ini hasil saringannya didapati negatif tetapi protokol menggariskan beberapa kes kuarantin dan selalunya dalam kes berbeza, kami masih meneruskan aksi. 

"Dengan itu dia tidak dapat dipertaruhkan hari ini."

Aguero, yang kontraknya berakhir pada hujung musim ini, hanya membuat tiga kemunculan dalam kesebelasan utama City pada musim 2020-21.

Ketiadaannya malam tadi ditebus Bernardo Silva dan Phil Foden untuk City melangkah ke pusingan keempat Piala FA berbekalkan kemenangan dua gol. 

Pasukan bimbingan Guardiola itu kembali ke aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila bertandang ke Brighton & Hove Albion, awal pagi Khamis ini, dan bakal menjadi tuan rumah kepada Crystal Palace, hujung minggu ini. 



 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen