Hagi yakin Real mampu pertahan gelaran UCL

Oleh Iain Strachan 13 Disember 2016 0
Hagi yakin Real mampu pertahan gelaran UCL

Gheorghe Hagi percaya juara bertahan, Real Madrid, merupakan pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Madrid dijadualkan bertemu Napoli dalam aksi kalah mati selepas juara bertahan itu menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan F di belakang Borrusia Dortmund.

Tiada pasukan yang pernah mempertahankan gelaran itu sejak peraturan kejohanan diubah oleh UEFA pada tahun 1992, menyaksikan AC Milan merupakan kelab terakhir yang berjaya mempertahankan gelaran tersebut pada tahun 1990.

Madrid menjulang trofi itu buat kali ke-11 di San Siro pada Mei lalu, menewaskan Atletico Madrid menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan tamat seri 1-1.

Bercakap kepada Omnisport, bekas pemain kebangsaan Romania, Hagi, yang beraksi di Santiago Bernabeu dari 1990 sehingga 1992, berkata Madrid berada di petak pertama untuk memenanginya buat musim 2016-17.

"Real adalah pasukan pilihan untuk memenanginya musim ini," katanya.

"Mereka berada di tahap terbaik. Pengendali pasukan, Zinedine Zidane, memberikan keyakinan yang tinggi untuk pasukan.

"Anda dapat melihat betapa gembira pemain-pemain beraksi di atas padang, jadi ia membenarkan mereka untuk bermain dengan baik."

Tentang Penulis

Iain Strachan

Komen