Haaland sedia kembali, Reus sertai latihan Dortmund

Oleh Nafis Abdullah 12 Jun 2020 65
Haaland sedia kembali, Reus sertai latihan Dortmund
Erling Haaland sedia untuk kembali bersama skuad Borussia Dortmund untuk kunjungan ke Fortuna Dusseldorf, esok sambil Marco Reus telah menjalani latihan.

Dortmund menghadapi beberapa minggu tanpa kedua=dua pemain itu tatkala mereka memburu kelayakan Liga Juara-Juara Eropah dalam Bundesliga.

Haaland -- yang telah meledakkan 10 gol dalam 11 perlawanan Bundesliga sejak berpindah ke Jerman, Januari lalu, diketepikan susulan kecederaan sewaktu tewas 1-0 di tangan Bayern Munich, 26 Mei lalu.

Kali terakhir Reus memperkuatkan skuad adalah Februari lalu tatkala dia mengalami kecederaan paha.

Kapten itu masih belum sedia untuk kembali beraksi tetapi kini telah semakin pulih sambil kecederaan lutut Haaland tampak sudah selesai.

Pengurus pasukan, Lucien Favre, berkata: "Haaland telah menjalani latihan sejak Rabu lalu dan terlibat dalam semua perancangan. Dia tampak dalam keadaan baik.

"Dalam masa sama, pemain lain semua sedia untuk diturunkan.

"Reus mula berlatih dengan pasukan pada minggu ini. Kami gembira dia kembali berlatih dan berharap dia dapat cepat beraksi semula.

"Malangnya, saya tidak boleh berikan tarikh tertentu."

Dortmund dilihat memberi tumpuan kepada aspek pertahanan bagi melupakan soal kehilangan khidmat Reus dan Haaland.

Walaupun tewas di tangan Bayern pada bulan lalu, mereka hanya dibolosi tiga gol dalam sembilan aksi terakhir liga termasuk menewaskan Hertha Berlin 1-0, baru-baru ini.

"Barisan bawah sangat penting untuk kejayaan," tambah Favre.

"Kami perlu mendapatkan keseimbangan."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen