Haaland sedar perlu lebih klinikal, ratapi kekalahan Dortmund

Oleh Ammar Hakim 8 November 2020 386
Haaland sedar perlu lebih klinikal, ratapi kekalahan Dortmund
Erling Haaland menyedari dia mesti lebih klinikal di depan gawang walaupun berjaya menjaringkan gol ketika kekalahan aksi Klassiker Borussia Dortmund kepada Bayern Munich.

Dortmund tewas 3-2 kepada juara Bundesliga di Signal Iduna Park semalam, dengan Haaland menjaringkan gol terakhir perlawanan -- yang keenam dalam aksi liga musim ini.



Tetapi pemain berusia 20 tahun itu terpakas menunggu lewat dalam perlawanan sebelum meledak gol apabila banyak melepaskan peluang terhidang, termasuk gagal melunaskan tiga percubaan mudah.

"Saya mesti menjaringkan lebih banyak gol," katanya. "Sekiranya kami tidak meletakkan peluang kami pada tahap ini, maka kami tidak akan menang."

Kegagalan Haaland membuat keputusan di atas padang menjadi punca dia gagal meledak gol.

Ketika pemain antarabangsa Norway itu memiliki empat percubaan, satu daripadanya peluang terhidang, dia turut memberikan ruang buat pasukan lawan dengan beberapa hantaran yang gagal dicapai rakan sepasukannya.

Haaland berada di dalam kedudukan ofsaid tiga kali, selepas sebelum ini sekadar dua kali ofsaid dalam lima perlawanan sebelum ini.

"[Bayern] adalah pasukan terbaik dunia dan kami perlu berusaha lagi untuk membawa pasukan ke tahap lebih tinggi bagi memastikan seiring dengan mereka."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen