Haaland fokus kepada Dortmund

Oleh Ammar Hakim 13 Mei 2020 68
Haaland fokus kepada Dortmund
Bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland, menegaskan dia kekal fokus di sebalik spekulasi perpindahannya ke Real Madrid.

Pemain berusia 19 tahun itu menjadi salah seorang penyerang yang paling dikehendaki di Eropah berikutan permulaan cemerlangnya di Dortmund.

Pemain kebangsaan Norway itu membintangi Salzburg sebelum menyertai kelab Bundesliga itu Januari lalu, dan telah meledak 12 gol dalam 11 perlawanan untuk Dortmund musim ini.

Ketika Madrid sedang kuat dikaitkand dengan Haaland, pemain muda untuk berkata dia kekal fokus dengan prestasinya.

"Saya memberikan tumpuan kepada persembahan, bukan perhatian terhadap diri saya," katanya.

"Saya hanya memikirkan tugas saya. Perkara yang paling saya sangat suka.

"Tidak diragui, saya berjaya bermula cemerlang di Dortmund. Saya memberikan tumpuan bagaimana untuk mempertingkatkan lagi persembahan saya.

"Saya cuba meneliti daripada setiap aspek dan berusaha untuk kekal dalam tahap kecergasan yang terbaik."

Bundesliga dijangka bersambung Sabtu ini selepas ditangguh ekoran wabak covid-19.

Dortmund bakal berdepan Schalke dan Haaland teruja untuk meraih pengalaman daripada perlawanan ini, beraksi tanpa kehadiran penyokong.

"Saya tidak sabar untuk perlawanan ini. Aksi derbi yang dinanti-nantikan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen