Erling Haaland bakal diketepikan sehingga Januari selepas mengalami kecederaan hamstring dan ketua jurulatih, Lucien Favre, berasakan perkara itu mungkin dapat dielak jika tidak terlalu kerap menurunkan penyerang itu.

Pemain kebangsaan Norway itu diketepikan ketika seri 1-1 dengan Lazio dalam aksi Liga Juara-Juara selepas mengalami kecederaan dalam sesi latihan.

Dia telah tampil beraksi 14 kali untuk Dortmund dalam semua pertandingan musim ini, turun 13 kali dalam skuad utama dan meledak 17 gol.

Bagaimanapun, BVB bakal tanpa khidmat pemain berusia 20 tahun itu bagi baki tahun 2020 selepas mengalami kecederaan yang serius.

"Dia tidak akan menurunkan Haaland sehingga Januari. Dia telah banyak beraksi," kata Favre.

Dortmund empat mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich dan berdepan Eintracht Frankfurt, Stuttgart, Werder Bremen dan Union Berlin sebelum tamat tahun ini.

Mereka turut berkunjung ke Eintracht Braunschweig untuk aksi pusingan kedua DFB-Pokal dan pertemuan UCL dengan Zenit minggu hadapan.