Kyle Walker mendedahkan tindakannya mempersendakan penjaga gol Manchester City ketika sesi latihan memainkan peranan ketika dia bermain di posisi itu sewaktu berdepan Atalanta di mana dia mendapati ia lebih sukar daripada jangkaan.

Bek kanan, Walker, menamatkan aksi di San Siro itu selaku penjaga gol selepas Ederson mengalami kecederaan dan pemain gantian, Claudio Bravo, diperintah keluar pada dalam aksi yang berakhir seri 1-1.

Pertahanan England itu dibawa masuk menggantikan Riyad Mahrez dan memakai sarung tangan, melakukan satu-satunya aksi menyelamatkan bola ketika sepakan percuma yang diraih pasukan bimbingan Ruslan Malinovskiy itu susulan kesalahan yang dilakukan Bravo sehingga menyebabkannya diperintah keluar padang.

Walker melalui tempoh sembilan minit dan waktu kecederaan tanpa dibolosi sebelum memberikan reaksi terhadap peranan pelik itu.

Ditanya sama ada dia membuat keputusan untuk mengawal gawang atau selepas diminta, Walker memberitahu BT Sport: "Saya fikir ia daripada kedua-dua belah pihak.

"Kadangkala saya cuba mempersendakan penjaga gol dalam latihan, menyuruh mereka menangkap bola dan sebagainya tetapi apa yang saya temui malam ini, kadangkala anda memerlukan dua sentuhan.

"Tidak mengambil kira jenaka, kami ke sini untuk meraih mata atau kemenangan. Kami tahu ia bakal menjadi sukar kerana corak permainan yang ditampilkan lawan, mereka pasukan yang bagus dan ada sebab mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.

"Untuk pulang dari sini berbekalkan cara kami tamatkan perlawanan, keputusan seri adalah bagus dan kami akan membawanya sekarang."

Rakan sepasukannya, Benjamin Mendy, berterima kasih kepada Walker selepas membantu City mengharungi tempoh getir di penghujung perlawanan.

"Saya fikir malam ini adalah aksi yang sukar. Kami sedar tentangnya sebelum perlawanan," katanya.

"Dan bagaimana kami berjuang sehingga ke wisel terakhir, saya ucapkan terima kasih kepada Walker.

"Tidak mudah untuk mengambil tanggungjawab selaku penjaga gol dan menyelamatkan bola sepakan percuma. Ia satu perlawanan yang akan diingati dalam kejohanan ini."

Pengurus City, Pep Guardiola, menambah sambil tersenyum: "Kami mengharungi babak pertama yang bagus tetapi selepas rehat, kami bergelut. Dalam 15 minit terakhir, kami dalam situasi di mana ada penjaga gol baru dalam pasukan."