Gunes pikul tanggungjawab atas kekalahan memalukan Besiktas

Oleh Staff Writer 7 Disember 2016 0
Gunes pikul tanggungjawab atas kekalahan memalukan Besiktas
DYNAMO KIEV 6 BESIKTAS 0

Ketua jurulatih Besiktas, Senol Gunes, bertanggungjawab di atas kekalahan memalukan pasukannya selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah apabila dibelasah 6-0 ketika bertemu Dynamo Kiev.


Kelab Turki itu akan layak ke peringkat 16 terakhir jika mencatat kemenangan di Ukraine -- manakala seri akan bergantung kepada keputusan di antara Napoli dan Benfica -- tetapi mereka dikejutkan dengan kehebatan tuan rumah.

Besiktas menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain setelah kehilangan Andreas Beck yang dilayangkan kad merah ekoran kontroversi di tengah-tengah empat gol pada babak pertama manakala Vincent Pate Aboubakar menerima kad kuning kedua -- dan Gunes percaya dia harus dipersalahkan kerana pemainnya kehilangan fokus.

"Kami kecewa dengan keputusan ini kerana kami merupakan pasukan yang menyasarkan untuk layak dalam kumpulan itu," katanya pada sidang media selepas perlawanan. "Ia sesuatu yang menyedihkan untuk melihat kerja keras selama satu tahun musnah dalam satu malam.

"Kami telah mengalami kekalahan besar tetapi kami mendapat beberapa pengalaman yang berharga. Keputusan malam ini adalah salah saya tetapi perlawanan tersebut sudah menjadi sejarah. Kami perlu melihat sasaran kami yang seterusnya.

"Selepas melepaskan gol pertama, pemain kami hilang tumpuan dan nampak mudah untuk ditewaskan. Saya berasa dalam keadaan tersebut, mereka perlu bertenang dan memberi tumpuan."

Jurulatih Dynamo Kiev, Serhiy Rebrov, pula menegaskan Besiktas tidak sepatutnya menanggung kekalahan memalukan itu sambil bersetuju dengan layangan kad merah Beck.

"Besiktas tidak sepatutnya kalah seperti itu," katanya. "Tetapi saya bersetuju dengan layangan kad merah itu. Saya tidak fikir (pengadil, Craig Thomson) telah melakukan sesuatu yang tidak adil."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen