MANCHESTER CITY 1 CELTIC 1

Pep Guardiola berkata dia akan menilai semula situasi Patrick Roberts pada akhir musim ini selepas pemain sayap itu menjaringkan gol untuk Celtic ketika menentang The Citizen.


Roberts menjaringkan gol pembukaan pada minit keempat untuk Celtic sebelum Kelechi Iheanacho menyamakan kedudukan dalam aksi Liga Juara-Juara yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Etihad.

Bagaimanapun, ketika Guardiola berasa kagum dengan Roberts yang sedang dalam tempoh pinjaman selama 18 bulan di Celtic, dia merasakan ia akan menjadi sesuatu yang kurang bijak untuk membuat keputusan mengenai masa depan pemain itu berdasarkan satu prestasi.

"Dia menjaringkan gol yang baik," kata Guardiola. "Kami akan membincangkan perkara itu pada akhir musim. Kami mahukan kualiti tetapi keputusan itu bukan untuk satu perlawanan -- ia adalah untuk satu musim.

"Sudah tentu dia mempunyai kualiti yang baik ketika situasi satu lawan satu sebagai pemain sayap. Dia juga bertahan dengan baik.

"Apabila kami mahu pemain bermain dengan kami, mereka perlu menyesuaikan diri."

Jurulatih Celtic, Brendan Rodgers, difahamkan gembira untuk mempunyai seorang pemain seperti Roberts dan berkata pemain berusia 19 tahun itu cukup bagus untuk bermain bersama City.

"Saya benar-benar kagum dengan Patrick dalam perlawanan ini," katanya. "Dia tidak menunjukkan sebarang tanda beremosi. Ia bukan sesuatu yang mudah baginya untuk kembali sebagai pemain Manchester City tetapi dia telah menunjukkan kualitinya.

"Dia di tempat yang betul pada peringkat ini dalam kerjayanya.

"Anda mempunyai pemain yang berada di kelas teratas -- dia bekerja, memberikan tekanan ketika bermain dengan baik dan menunjukkan kualitinya. Saya sangat kagum dengan kualiti serta tumpuannya dalam perlawanan ini.

"Dia mempunyai kualiti (untuk bermain dengan City), tidak ada keraguan tentang itu

"Jika anda seusia dengannya, anda perlu untuk keluar bermain dan mendapat tempat dalam perlawanan.

"Dia di sebuah kelab besar (Celtic) dengan jangkaan yang besar tetapi dia menanganinya dengan yang baik. Dia memenangi kejuaraan liga dan memenangi Piala Liga.

"Pep dan kakitangannya akan melihatnya pada musim panas akan datang dan saya fikir mereka akan berasa kagum.

"Ada bakat muda yang mempunyai potensi yang cukup besar dan saya pasti ia akan menjadi satu kerjaya yang hebat baginya."