Guardiola: Kekalahan kepada Barca bukan yang terburuk

Oleh Staff Writer 20 Oktober 2016 0
Guardiola: Kekalahan kepada Barca bukan yang terburuk
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menafikan kekalahan 4-0 pasukannya kepada Barcelona sebagai yang terburuk dalam kariernya.

Jaringan hatrik Lionel Messi dan satu gol daripada Neyma, membawa Barca untuk meraih kemenangan yang membanggakan dalam aksi Liga Juara-Juara, malam tadi.

Layangan kad merah kepada Claudio Bravo pada awal separuh masa kedua, dengan City ketika itu ketinggalan 1-0, menyaksikan The Citizens terpaksa membayar harga yang mahal sementara Barca terpaksa bermain dengan 10 pemain pada lewat permainan apabila Jeremy Mathieu dibuang padang.

Guardiola, bagaimanapun, menafikan ia satu kekalahan yang terburuk sambil mengimbas kembali sejarah kekalahan 4-0 kepada Real Madrid ketika dia bersama Bayern Munich pada 2014.

"Kekalahan terburuk dalam karier saya ialah ketika bersama Bayern menentang Madrid," katanya melalui AS.

"Semuanya serba tidak menjadi dan kesilapan yang saya lakukan adalah dalam menyenaraikan pemain kesebelasan utama."

Guardiola berasakan pasukannya mencipta peluang yang baik untuk mendapatkan jaringan tetapi dia memuji kualiti yang dimiliki Barca.

"Ketika saya bersama dengan Bayern (pada tahun 2014), kami tidak mencipta peluang untuk menjaringkan gol tetapi hari ini kami melakukannya.

"Kami mencipta peluang untuk menjaringkan satu atau dua gol," katanya.

"Tetapi bila-bila masa sahaja Barca boleh menghukum kami, mereka mempunyai kualiti yang terbaik. Kami mengawal tetapi gagal untuk menjaringkan gol."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen