DORTMUND 1 CITY 2 (City menang 4-2 secara agregat)

Erling Haaland 'hampir tidak dapat dihentikan' menurut pengurus Manchester City, Pep Guardiola, walaupun pasukannya memastikan bintang Borussia Dortmund itu tidak menjaringkan gol dalam 180 minit aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) mereka.


City memastikan laluan mereka ke separuh akhir saingan UCL untuk pertama kalinya di bawah pimpinan Guardiola selepas lima tahun, sepakan penalti Riyad Mahrez dan gol Phil Foden pada minit ke-75 menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketinggalan menerusi gol pembukaan awal Jude Bellingham untuk menang 2-1 dan 4-2 secara agregat.

Sebilangan besar perbincangan sebelum perlawanan menjelang pertemuan awal di Manchester tertumpu kepada Haaland, yang telah banyak dikaitkan dengan City dan telah menjaringkan 33 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Pemain berusia 20 tahun itu memiliki situasi satu lawan satu yang dinafikan penjaga gol, Ederson dan melakukan hantaran bagi jaringan penyamaan yang disempurnakan Marco Reusdi Stadium Etihad tetapi mengharungi perlawanan mengecewakan di Signal Iduna Park.



Percubaan Haaland dihalang dan sekadar melakukan satu hantaran berkualiti buat rakan sepasukan ketika Ruben Dias cemerlang dalam pertahanan City.

Bagaimanapun, Guardiola, berasakan menutup ruang buat penyerang itu merupakan kunci utama.

"Saya akan mengatakan pemain ini hampir tidak dapat dihentikan dan cara terbaik untuk bertahan menentang pemain berbakat ini adalah dengan tidak membiarkan mereka memiliki bola," katanya.

"Mereka mahukan bola, mereka memerlukan bola, jadi jangan [biarkan mereka] memilikinya. Untuk itu, kami perlu bermain dengan baik dan berusaha membiarkannya menjauh daripada kotak kami. Ia berlaku dalam kedua-dua perlawanan.

"Dia adalah pemain bukan [hanya] kerana dia pantas, kualiti kawalan pertamanya, bagaimana dia bergandingan dengan rakan sepasukan, kuat di udara dan memiliki sentuhan penyudah yang baik.

"Dia pemain yang bertaraf elit, dan akan lebih kuat pada masa hadapan."