Griezmann terus gigih bentuk gandingan terbaik dengan Messi

Oleh Penulis Jemputan 16 Februari 2020 549
Griezmann terus gigih bentuk gandingan terbaik dengan Messi
Antoine Griezmann menikmati kehidupan di Barcelona biarpun masih belajar untuk bergandingan bersama Lionel Messi.

Griezmann mengakhiri kemarau gol dalam lima perlawanan LaLiga dengan membuka jaringan dalam kemenangan 2-1 ke atas Getafe di Camp Nou, awal pagi tadi.

Jaringan itu terhasil menerusi sentuhan cemerlang Messi sambil Sergi Roberto menambah gol kedua buat Barca sebelum penyudah Angel Rodriguez untuk Getafe menjadikan perlawanan semakin sengit.

Penyerang Perancis itu, yang terlepas satu peluang besar untuk mengembali kelebihan dua gol buat Barca, mengakui bahawa dia masih cuba menyesuaikan diri dengan Messi.

"Kami tahu sedar betapa kerasnya permainan Getafe," katanya. 

"Mereka memberi tekanan dan cuba merampas bola di kawasan kami. Ada sebab mereka kini menduduki tangga ketiga tetapi kami tetap tenang, kami cuba mengatur gerakan dari belakang.

"Saya telah berada di sini selama enam bulan, kami masih perlu belajar. Saya perlu belajar mengenai pergerakan Messi dan dia juga perlu belajar cara saya. Kami menikmati usaha yang dilakukan dan ia semakin bagus. Saya sangat gembira dan benar-benar menikmati kehidupan di sini.

"Saya terlepas peluang berharga yang tidak sepatutnya. Bola bergolek ke arah kaki saya yang bukan dominan (sebelah kanan) tetapi saya bernasib baik ia bukan detik penentu."



8 - In 21st century, no player has scored more subgoals for a club in a LaLiga single season than Angel Rodriguez (4, level with Morata). Revulsive. pic.twitter.com/SzWE3qcutI
— OptaJose (@OptaJose) February 15, 2020

Getafe bermula dengan garang di Camp Nou dan hampir mendahului perlawanan selepas Allan Nyom menyudahkan satu peluang susulan sepakan sudut, namun video bantuan pengadil (VAR) tidak membenarkan gol itu ekoran kekasaran yang dilakukan terhadap Samuel Umtiti.

Pelawat kembali memberi saingan hebat apabila Angel merapatkan jurang kepada 1-2 pada minit ke-66 yang menuntut ketangkasan Marc-Andre ter Stegen untuk menyelamatkan dua percubaan berbahaya bagi menghalang jaringan penyamaan Getafe.

Angel sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Barca tatkala juara bertahan itu sedang mencari pengganti kepada Ousmane Dembele, justeru Nyom tidak pasti sekiranya penyerang berkenaan akan kekal di samping Getafe.

"Dia memiliki kualiti tinggi," kata pemain berusia 32 tahun itu.

"Dia seorang pemusnah di depan pintu gol dan saya gembira kerana dia masih bersama kami, saya tidak tahu sama ada dia akan kekal atau tidak."


Editor: Shaiful Shamsudin 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen