Penyerang Barcelona, Antoine Griezmann, mahu meninggalkan Camp Nou sebelum bertemu dengan ketua jurulatih baru, Ronald Koeman, kata bekas ejennya, Eric Olhats.

Griezmann berdepan waktu sukar dalam musim pertamanya bersama Barca selepas tiba daripada Atletico Madrid dengan yuran bernilai €120 juta (RM592.5 juta), di mana dia bergelut untuk memaparkan aksi tekal dan hanya menjaringkan 15 gol dalam kesemua kejohanan.

Kesukaran yang dilalui pemain berusia 29 tahun itu mendorong desas-desus perpindahannya ke Paris Saint-Germain (PSG) manakala berita di muka depan akhbar Marca pula mendakwa Atletico telah menolak tawaran Barca untuk menukarkan Griezzman dengan Joao Felix.

Olhats, yang sebelum ini merupakan wakil Griezmann, mendakwa bahawa pemain kebangsaan Perancis itu sudah memilih untuk meninggalkan Barca sebelum Koeman menggantikan Quique Setien.

"Sebelum kekalahan (8-2) kepada Bayern (Munich) dalam Liga Juara-Juara Eropah, Antoine hanya mahu meninggalkan Barcelona," kata Olhats kepada RMC.

"Realitinya adalah Griezmann berasakan bahawa dua bukan sebahagian daripada perancangan kelab itu dan dia tidak boleh meneruskannya.

"Dia benar-benar sudah mengkaji untuk meninggalkan pasukan itu. Kemudian kita tahu apa yang berlaku dan satu perbincangan dengan Koeman kembali meyakinkannya.

"(Koeman) memberitahu perancangannya kerana dia menganggap Griezmann sebagai pemain penting bagi masa akan datang," katanya.

??

A post shared by Antoine Griezmann (@antogriezmann) on


Griezmann menjaringkan sembilan gol daripada 35 penampilan buat Barca, yang tewas kepada seteru utama, Real Madrid, dalam perebutan gelaran LaLiga musim 2019-20.

Dia juga menemui sasaran sebanyak dua kali dalam Liga Juara-Juara Eropah sebelum Barca diaibkan dengan kekalahan besar di tangan Bayern Munich dalam suku akhir.

Barca kini berdepan cabaran apabila bintang utama, Lionel Messi, dikhabarkan akan meninggalkan kelab itu.