Barcelona kembali menjalani latihan semalam menjelang saingan Liga Juara-Juara (UCL), dengan Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann kelihatan turut serta.

Gandingan wakil kelahiran Perancis itu diketepikan ekoran kecederaan dan mereka membuat latihan berasingan.

Griezmann mengalami masalah otot paha ketika menang 1-0 ke atas Real Valladolid 11 Julai lalu, memaksa dia terlepas dua perlawanan terakhir LaLiga.

Bagi Dembele pula, yang menjalani pembedahan hamstring Februari lalu kini berpeluang untuk turut serta bersama pasukan bagi menghadapi saingan UCL.
Sementara itu, pertahanan, Clement Lenglet, turut bekerja keras untuk kembali ke dalam pasukan selepas mengalami kecederaan pangkal paha sebelum ini.

Barca kembali memulakan persiapan menghadapi aksi kedua pusingan 16 berdepan Napoli, yang bakal dipertandingkan di Nou Camp 8 Ogos ini selepas mereka seri 1-1 dalam aksi pertama.