Granqvist: Tiada perubahan untuk berdepan England

Oleh Staff Writer 5 Julai 2018 705
Granqvist: Tiada perubahan untuk berdepan England
Andreas Granqvist melaungkan keazaman bahawa Sweden tidak akan mengubah corak permainannya menjelang aksi suku akhir Piala Dunia berdepan England.

Skuad kendalian Janne Andersson itu dilihat tidak mengawal permainan berbanding pasukan lawan dalam tiga daripada empat perlawanan yang diharungi di Russia, sebaliknya bergantung kepada kekebalan benteng yang dipertaruhkan.

Percaturan itu tampak berjalan lancar dan jika bukan disebabkan sepakan percuma pada minit terakhir oleh Toni Kroos sewaktu berdepan Jerman bagi aksi Kumpulan F, Sweden sudah pasti meraih rekod tanpa kalah di Russia.

Granqvist yang telah mengutip dua jaringan menerusi sepakan penalti, mendedahkan pasukannya tidak akan mengubah percaturan apabila turun berdepan England di Samara, Sabtu ini.

"Kebiasaannya, pasukan lawan memiliki pemain yang lebih bagus di atas kertas. Kami membiarkan mereka memegang bola di mana yang kami mahukan," kata kapten Sweden itu.

"Jika anda melihat aksi kami sebelum ini, sudah tentu pihak lawan lebih banyak mengawal permainan tetapi Sweden mencipta lebih banyak peluang.

"Ini adalah corak permainan kami dan apa yang kami perlu lakukan. Kami perlu menunjukkan kualiti sebenar ketika berdepan pasukan besar dan ini adalah kekuatan kami.

"Kami meraih kejayaan melalui konsep ini dan akan meneruskannya," ujarnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen