Olivier Giroud bakal membuat penampilan semula bersama Arsenal dalam perlawanan Piala EFL berdepan Reading.

Penyerang Perancis itu tidak beraksi sejak 24 September lalu kerana mengalami kecederaan jari kaki dan sudah kembali pulih untuk berdepan Reading di Stadium Emirates.

Aaron Ramsey masih belum cergas sepenuhnya tetapi berkemungkinan besar akan beraksi dalam perlawanan liga seterusnya bertemu Sunderland.

"Saya berpendapat Giroud akan disenaraikan tetapi masih awal buat Ramsey untuk beraksi walaupun sudah kembali menjalani latihan penuh," kata pengurus, Arsene Wenger.

Arsenal mudah melepasi pusingan ketiga ketika menewaskan Nottingham Forest 4-0 -- Lucas Perez meledak dua gol -- dan Wenger mendedahkan beliau bakal menurunkan kesebelasan yang sama daripada perlawanan itu untuk memberikan ruang kepada pemain lain beraksi.

"Saya akan menurunkan skuad yang sama ketika bertemu Nottingham Forest.

"Gabriel Paulista, Rob Holding, Carl Jenkinson akan diturunkan. Jeff Reine-Adelaide juga akan menyertai Alex Iwobi, Lucas, Alex Oxlade-Chamberlain."