Giampaolo janji lebih banyak yang 'luar biasa' daripada Sampdoria

Oleh Penulis Jemputan 20 November 2017 128
Giampaolo janji lebih banyak yang 'luar biasa' daripada Sampdoria
SAMPDORIA 3 JUVENTUS 2

Pengurus Sampdoria, Marco Giampaolo, percaya pasukannya mampu meneruskan bentuk prestasi yang mengagumkan selepas menewaskan Juventus 3-2 dalam Serie A di Stadio Luigi Ferraris, awal pagi tadi.


Skuad Giampaolo itu menjaringkan tiga gol dalam tempoh 27 minit pada separuh masa kedua sebelum penyandang juara itu merapatkan kedudukan dengan dua gol pada masa kecederaan, sekali gus mengekalkan rekod baik aksi liga mereka di laman sendiri.

Dan bekas bos Cagliari dan Catania itu yakin Sampdoria boleh mara daripada tangga keenam yang diduduki mereka sekarang.

"Kami perlu mengabaikan segala-galanya yang ada di sekeliling kami dan fokus hanya kepada kerja harian kami," kata Giampaolo kepada Sky Sport Italia.

"Setakat ini, kami beraksi luar biasa pada musim ini dan keputusan hari ini adalah penambahan menarik. Kami akan menikmati masa ini tanpa kemaraan.

"Kami tersusun pada babak pertama sementara selepas rehat, kami memiliki tempoh permainan yang cemerlang. Pada penghujungnya, ia berlaku kesilapan besar," katanya.

Sampdoria seterusnya akan berkunjung ke Bologna yang berada di tangga ke-13 sebelum mereka pulang untuk bertemu Pescara dalam pusingan keempat Coppa Italia.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen