Stuttgart mengumumkan bahawa kapten pasukan, Christian Gentner, tetap akan beraksi dalam dua aksi terakhir sebelum tempoh rehat pertengahan musim walaupun baru kematian bapanya.

Herbert Gentner tumbang dan meninggal dunia serta-merta di Mercedes-Benz Arena selepas menyaksikan anaknya beraksi dalam kemenangan 2-1 ke atas Hertha Berlin, Sabtu lalu.

Tatkala masih berbaki dua perlawanan sebelum Krismas, Stuttgart menawarkan tempoh rehat sementara tetapi Gentner memilih untuk tetap berada dalam skuad dalam aksi menentang Wolfsburg di tempat lawan serta perlawanan di depan penyokong sendiri berdepan Schalke.

"Christian Gentner berada bersama pasukan menjelang aksi Bundesliga mementang Wolfsburg di tempat lawan.

"Dia tetap bersama rakan sepasukan. Kapten meneruskan perjalanan ke Niedersachsen," kata jurucakap kelab.

Pengarah Sukan Stuttgart, Michael Reschka, menambah: "Ia adalah situasi sukar untuk dihadapi secara individu. Sejak awal lagi, sudah jelas bahawa kami perlu menghormati keputusan Gentner menjelang aksi berdepan Wolfsburg dan Schalke.

"Ia menerangkan tentang hubungan baik kelab dengan keluarga Gentner. Dia akan bermain apabila berdepan Wolfsburg dan Schalke. Keputusannya tetap dihormati."