Gattuso: Musacchio akan usahakan yang terdaya untuk pulih hadapi Juventus 

Oleh Penulis Jemputan 9 November 2018 111
Gattuso: Musacchio akan usahakan yang terdaya untuk pulih hadapi Juventus 
REAL BETIS 1 AC MILAN 1

Gennaro Gattuso menjangkakan Mateo Musacchio akan melakukan segala yang terdaya untuk pulih dan beraksi bagi AC Milan menentang Juventus sungguhpun terpaksa diusung keluar ketika menentang Real Betis.


Pemain pertahanan itu terlibat dengan insiden kecederaan kepala yang buruk bersama rakan sepasukannya, Franck Kessie, ketika lapan minit menuju waktu penamat untuk seri 1-1 dalam aksi Liga Europa di Seville, awal pagi tadi.

Musacchio pengsan ketika kejadian, namun selepas perlawanan, pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan berada di kawasan zon bercampur dan memastikan wartawan tahu mengenai kesihatannya.

Bercakap kepada Sky Sport Italia, Gattuso berkata: "Kecederaan Musacchio adalah kecederaan kepala tetapi berdasarkan semangat juangnya, saya pasti dia akan melakukan apa sahaja untuk pulih dan beraksi hujung minggu ini."

Hakan Calhanoglu turut mengalami kecederaan kaki, sekali gus menambahkan resah Milan yang mungkin kehilangan Gonzalo Higuain, Giacomo Bonaventura dan Davide Calabria bagi pertemuan dengan Juventus pada hujung minggu ini sementara Lucas Biglia dan Mattia Caldara pula akan berehat lama. 

"Calhanoglu mengalami kecederaan ringan di bahagian atas kakinya, kita lihatlah nanti," tambah Gattuso.

"Saya perlu menunggu laporan doktor kerana saya seorang jurulatih dan bukannya doktor. Tiada gunanya memikirkannya, kami akan menurunkan sesiapa yang boleh didapati dan akan berperang kerana mencari alasan tidak akan membawa kami ke mana-mana.

"Kami akan terbang pulang selama dua setengah jam sambil melakukan beberapa kerja rumah di atas kapal terbang.

"Juventus merupakan salah sebuah pasukan terbaik di Eropah, apalagi Itali. Namun, kami tidak akan duduk di sini untuk meratap. Saya akan menghadapi mereka dan memperagakan bola sepak kami."

Milan bangkit daripada aksi kurang memberangsangkan dalam babak pertama yang menyaksikan mereka dihukum gol Giovani Lo Celso, namun sepakan percuma Suso memastikan mereka berkongsi mata bagi aksi Kumpulan F itu.

"Ia bagus untuk bermain dengan baik tetapi ada kepahitannya. Pertahanan sayap kami terlalu ke dalam dalam babak pertama dan tidak pernah cuba baik ke atas. Oleh itu, kami bertambah bagus selepas beralih ke formasi 3-4-3," kata Gattuso.

"Kami dibolosi sejak awal atas kesilapan kami tetapi pemain layak mendapat pujian kerana mereka berjuang untuk bangkit dan memperlihatkan watak untuk mendapatkan hasil di arena yang sukar.

"Sekali lagi esok, kami perlu melihat berapa ramai pemain yang tersisih."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen