MILAN 1 REAL BETIS 2

Gennaro Gattuso bertanggungjawab selepas AC Milan mengalami kekalahan 2-1 kepada Real Betis dalam saingan Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.


Giovani Lo Celso menjaringkan gol kedua selepas mengumpan gol pembukaan yang disumbat oleh Antonio Sanabria untuk kelab LaLiga itu mendahului perlawanan dengan dua jaringan di San Siro.

The Rossoneri bergelut untuk mencari jalan mengejar perlawanan sebelum Patrick Cutrone mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-83 sebelum mereka terpaksa meneruskan saingan dengan 10 pemain -- Samu Castillejo dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan kepada pemain lawan.

Bagaimanapun, keputusan dalam Kumpulan F mengundang spekulasi mengenai kedudukan Gattuso apabila terdapat laporan mencadangkan Roberto Donadoni dijangka hadir sebagai pengganti

"Kami hilang arah dalam perlawanan ini dan mengalami kekalahan," kata Gattuso.

"Milan hilang keyakinan ketika beraksi.

"Kami akan berbincang dengan pemain-pemain dan melihat di mana kelemahan pasukan yang terdedah."

Milan akan kembali ke saingan Serie A berdepan Sampdoria, Ahad ini.