Gasperini terpukau kebangkitan Atalanta 

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Jun 2020 49
Gasperini terpukau kebangkitan Atalanta 
Gian Piero Gasperini berseloroh bahawa Atalanta tidak memerlukan pengurus setelah menyaksikan kebangkitan menakjubkan pasukannya ketika berdepan Lazio dalam perlawanan Serie A dari bangku penonton.

Pengurus itu perlu menjalani penggantungan perlawanan ketika anak buahnya menjejaskan misi Lazio memburu kejuaraan apabila menang 3-2 di Bergamo, awal pagi tadi. 

Pelawat -- cuba merapati jurang dengan pendahulu, Juventus, dengan satu mata --  selesa 2-0 di depan dalam masa tempoh 11 minit pertama permainan hasil gol sendiri Marten de Roon dan usaha luar biasa Sergej Milinkovic-Savic dari jarak 25 ela. 

Begitupun, Atalanta kembali mengatur serangan yang menyaksikan Robin Gosens mengurangkan defisit jaringan sebelum separuh masa pertama berakhir bagi mengakhiri rentetan rekod 21 perlawanan tanpa kalah milik Lazio berkat gol penyamaan Ruslan Malinovskiy disusuli Jose ledakan Luis Palomino pada minit ke-80.
 
Gasperini kemudian menyanjung barisan kendaliannya itu yang menduduki tangga keempat dan membolehkan mereka empat mata menjarakkan diri dengan Inter selain pencapaian memukau meledak 77 gol Serie A dalam 27 perlawanan.

"Berada di tempat penyokong tidak menghiburkan kerana saya tidak dapat campur tangan walaupun untuk perkara kecil seperti menasihati pemain," katanya kepada Sky Sport Italia.

"Inilah pergelutan tetapi juga sangat memuaskan. saya berasakan pasukan ini tidak memerlukan pengurus lagi! Mereka tahu apa yang harus dilakukan cuma apa yang diperlukan adalah isyarat atau kata-kata untuk membuatkan mereka terus maju.

"Pasukan ini memiliki kematangan dan keyakinan dalam menghasilkan permainan yang tidak pernah goyah biarpun dalam keadaan yang paling sukar seperti malam ini.

"Untuk bangkit daripada ketinggalan 0-2 kepada sebuah pasukan seperti Lazio, saya tetap mempunyai keyakinan bahawa kami mampu mengubah kedudukan. Tidak banyak pasukan yang mampu mengatakan bahawa mereka berasakan seperti itu."

Atalanta, yang turut merekodkan 77 gol liga musim lalu akan ke Udinese, awal pagi Isnin ini. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen