Garcia mahu Lyon kekal rendah diri

Oleh Staff Writer 27 Februari 2020 101
Garcia mahu Lyon kekal rendah diri
Ketua jurulatih Lyon, Rudi Garcia, mahu pasukannya kekal "rendah diri" selepas mengejutkan Juventus dengan kemenangan 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Groupama awal pagi tadi.

Gol daripada Lucas Tousart pada minit ke-31 memastikan Lyon membawa kelebihan tipis menjelang pertemuan kedua di Turin bulan depan.

Garcia gembira dengan prestasi Lyon, terutama dalam babak pertama perlawanan itu.

"Saya amat gembira dengan kemenangan dan perlawanan ini. Kami menguasai kedua-dua separuh masa," katanya dalam laman web rasmi pasukan itu.

"Dalam babak pertama, kami bertahan dengan baik, kami tidak dibolosi dan dapat menguasai permainan dengan mencipta peluang.

"Kami amat menyerlah dalam perlawanan ini.
 

"Dalam babak kedua, kami berdepan kesukaran kerana Juventus mula memberikan tekanan dan mencuba untuk menyerang.

"Tetapi saya menggemarinya apabila kami dapat bertahan dengan amat baik.

"Ia merupakan satu asas untuk tidak dibolosi sebarang gol dan kami perlu berusaha untuk menjaringkan gol di Stadium Juventus sekiranya mahu melayakkan diri.

"Kami memberikan segala usaha dan banyak melakukan larian.

"Kami perlu berehat sehingga Ahad ini," katanya.

Perlawanan timbal balik di laman Juventus akan berlangsung pada 17 Mac ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen