Gagal buat Real jika tidak menangi aksi final - Campo

Oleh Patric Ridge 17 Disember 2016 0
Gagal buat Real jika tidak menangi aksi final - Campo

Menurut bekas pertahanan, Ivan Campo berkata Real Madrid akan gagal jika mereka tidak menewaskan Kashima Antlers untuk menjulang Piala Dunia Kelab pada Ahad.

Madrid mengintai peluang untuk memenangi Piala Dunia Kelab kedua dalam tempoh tiga tahun ketika bertemu Kashima di Yokohama selepas menewaskan Club America 2-0 di separuh akhir hasil jaringan Karim Benzema and Cristiano Ronaldo.

Skuad kendalian Zinedine Zidane merupakan pasukan pilihan untuk memenanginya tahun ini tetapi Campo memberitahu tekanan sentiasa ada buat pemain-pemain Real untuk mencipta sesuatu pada perlawanan akhir.

"Jika Real tidak memenangi perlawanan final, mereka akan gagal. Sama seperti Barcelona," kata Campo kepada Omnisport.

"Ia merupakan satu kegagalan yang sangat besar jika pasukan seperti Real tidak memenangi perlawanan akhir. Ia merupakan satu masalah buat sebuah pasukang gergasi.

"Mereka perlu setiap segala-galanya, bukan hanya perlawanan final tetapi setiap perlawanan. Ia merupakan tekanan yang sangat besar jika anda menyarung jersi Los Blancos.

Kashima memiliki elemen kejutan musim ini selepas menjadi kelab pertama dari Asia untuk mara ke final selepas menewaskan Atletico Nacional 3-0 di separuh akhir.

Campo yakin Zidane tidak memandang rendah kepada lawan Real di final nanti.

"Saya menjangkakan mereka telah menyaksikan gaya permainan Kashima dalam perlawanan lepas. Aspek yang paling merbahaya pasukan Jepun adalah taktikal permainan mereka.

"Mereka akan cuba mengelak daripada membuat kesilapan dan melancarkan serangan balas untuk menghukum pasukan lawan."

Tentang Penulis

Patric Ridge

Komen