STRASBOURG 2 PSG 1

Javier Pastore mendakwa Paris Saint-Germain (PSG) gagal memberikan tumpuan ketika tewas 2-1 kepada Strasbourg dalam saingan Ligue 1, semalam.


Pendahulu liga itu tewas buat kali pertama dalam semua kejohanan hasil jaringan Nuno da Costa dan Stephane Bahoken. Kylian Mbappe muncul penjaring tunggal PSG dalam aksi yang mengecewakan buat PSG di Stade de la Meinau.

PSG menguasai 73 peratus permainan dan melakukan 29 percubaan tetapi gagal menghalang kemenangan buat Strasbourg.

Pastore kecewa kerana tewas tetapi berharap keputusan itu akan menjadi peringatan buat mereka bagi baki musim ini.

"Strasbourg hanya memiliki dua peluang," kata pemain tengah menyerang dari Argentina itu. "Kami tidak berada pada tahap 100 peratus ketika memulakan perlawanan. Kami telah berusaha tetapi gagal mencari gol kedua.

"Kemenangan ini bukan nasib, Strasbourg telah bertahan dengan baik.

"Sasaran kami adalah menjuarai Ligue 1. Kekalahan ini akan membantu kami pada masa akan datang," tambahnya.