Gabigol mahu kekal di Inter

Oleh Jon Fisher 25 Disember 2016 0
Gabigol mahu kekal di Inter

Gabriel Barbosa menolak segala spekulasi mengenai masa depannya untuk kekal di Inter dan menolak tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Pemain kebangsaan Brazil itu menyertai Inter dari Santos dengan nilai perpindahan EURO29.5 juta tetapi gagal untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Stefano Pioli, atau pengendali terdahulu, Frank de Boer.

Jendela perpindahan pemain akan dibuka dalam tempoh seminggu dan terdapat beberapa cadangan melihat pemain berusia 20 tahun itu berkemungkinan besar akan meninggalkan San Siro, dengan Liverpool dan Fenerbache berminat mendapatkan khidmatnya.

Tetapi Barbosa, yang juga dikenali sebagai Gabigol, berkata dia gembira untuk terus bekerja dan mencari kejayaan dalam Serie A.

"Saya baru berada di kelab ini selama tiga bulan, jadi saya memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan pasukan dan bandar ini," katanya.

"Saya sangat gembira di Inter, saya berharap untuk memiliki lebih banyak masa bermain tetapi saya gembira dan harus lebih bersabar. Saya berlatih setiap hari dan cuba untuk mempertingkatkan mutu permainan saya.

"Pelan A saya adalah untuk kekal di Inter dan mahu mencipta kejayaan untuk pasukan ini."

Tentang Penulis

Jon Fisher

Komen