Pengendali Inter Milan, Luciano Spalletti, berpendapat pertemuan pasukannya dengan kelab yang bergelut, Frosinone, malam ini akan menghadirkan cabaran sebenar buat mereka.

Selepas melayan kunjungan Frosinone di San Siro, skuad Nereazzurri itu bakal berdepan Tottenham Hotspur, AS Roma, Juventus dan PSV Eindhoven dalam tempoh yang pendek tatkala keputusan yang diraih akan menentukan hala tuju perjalanan mereka musim ini di pentas Serie A dan Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, Spalletti sedar Inter perlu terlebih dahulu melepasi halangan daripada lawan hujung minggu ini setelah prestasi cemerlang Inter dikejutkan dengan kekalahan mengejut di tangan Atalanta sebelum aksi antarabangsa.

"Aksi menentang Frosinone akan diberikan fokus terlebih dahulu dan ia bukan perlawanan mudah jika dibandingkan dengan aksi lain," kata Spalletti.

"Ia semestinya permulaan deretan aksi besar, penentu kedudukan masa depan kami serta tempat dalam liga akan ditentukan oleh perlawanan-perlawanan ini.

"Pembangunan kami tidak seharusnya dikira berdasarkan keputusan sahaja. Kami perlu dinilai menerusi lawan yang ditemui.

"Inter sentiasa memberi inspirasi buat lawan. Mereka yakin mampu naik ke satu tahap berbanding aksi biasa. Tiada pendekatan untuk sebuah pasukan atau bersama kami dan kami harus beraksi sebagai Inter."

Spalletti menjelaskan dia akan perlu melakukan sistem giliran dalam skuadnya beberapa minggu akan datang tetapi mendakwa segala perubahan untuk bertemu Frosinone akan menyaksikannya memberikan lebih waktu permainan.

"Ia bergantung kepada bagaimana pemain perlu mengawasi jumlah perlawanan dalam tempoh singkat. Ia bukan perihal seorang pemain yang tidak terlibat tetapi lebih kepada usaha yang dilakukan.

"Terdapat tekanan untuk memenangi kesemua aksi ini sehingga memenatkan anda. Jadi, anda perlu tenang.

"Tiada beza dalam kebolehan antara pemain yang saya pilih. Seperti apa yang saya katakan, kami telah mencipta sebuah pasukan yang membolehkan kami beraksi di tahap terbaik dan memenangi perlawanan."