Forlan dilantik pengurus Penarol

Oleh Staff Writer 21 Disember 2019 231
Forlan dilantik pengurus Penarol
Bekas penyerang Manchester United, Diego Forlan, dilantik sebagai pengurus kelab gergasi Uruguay, Penarol.

Forlan akan menggantikan Diego Lopez untuk bekas pemain berusia 40 tahun itu memulakan karier kejurulatihannnya bersama bekas kelabnya di Montevideo itu.

Bekas pemain kebangsaan Uruguay dengan 112 penampilan itu mengumumkan persaraannya pada Ogos lalu selepas berkhidmat bersama United, Villarreal, Atletico Madrid dan Inter Milan.

Juara Liga Perdana Inggeris sewaktu di Old Trafford pada 2003 itu memulakan karier remajanya bersama Penarol sebelum kembali menyertai kelab itu pada musim 2015-16 untuk menjuarai Divisyen Primera.

"Bagi saya, ia adalah kegembiraan yang besar, ia satu penghormatan untuk dipilih sebagai individu yang akan mengetuai projek ini kerana kelab ini amat penting buat saya dan keluarga saya.

"Saya amat menghargainya dan berbangga," katanya kepada wartawan.

Forlan, yang turut mewakili pasukan gergasi Brazil, International, Cerezo Osaka (Jepun), Mumbai City (India), dan Kitchee (Hong Kong) sebelum bersara, menambah: "Berkelana ke seluruh dunia mengajar saya banyak perkara.

"Bagaimana setiap negara hidup dengan bola sepak, bagaimana mereka bersedia dari hari ke hari, bagaimana faktor budaya memberikan kesan terhadap taktik dan pasukan berbeza.

"Kemudian 11 lawan 11 di atas padang tetapi terdapat beberapa perkara yang anda perlu sedar mengenai perbezaaan di Jepun, Uruguay dan Sepanyol.
  
"Saya banyak belajar daripada kesemua mereka.

"Saya banyak belajar daripada bola sepak Sepanyol, daripada bola sepak Itali, daripada bila sepak Brazil.

"Bagi saya, ia satu kelebihan untuk berkunjung ke serata dunia dan dapat mempelajarinya," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen