BAYERN MUNICH 2 WOLFSBURG 0

Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge, mendedahkan pengurus sementara pasukan itu, Hansi Flick, mungkin akan kekal menerajui pasukan sepanjang musim ini dengan berkata: "Tiada apa dapat menafikannya."


Flick memacu pasukan itu untuk memenangi lapan daripada 10 perlawanan dalam kesemua kejohanan sejak menggantikan Niko Kovac yang dipecat bulan lalu.

Selepas Bayern menewaskan Wolfsburg 2-0 hasil jaringan pemain gantian, Joshua Zirkzee, dan Serge Gnabry di Arena Allianz lewat malam tadi, Rummenigge meluahkan kegembiraannya terhadap perkembangan kelab itu.

"Saya tidak akan berselindung mengenai fakta bahawa kami berpuas hati dengan perkembangan pasukan dan kualiti permainan," katanya kepada Sky.

"Keputusannya juga amat baik. Tiada apa dapat menafikannya.

"Kedua-dua pihak berpuas hati.

"Dia melaksanakan tugasnya dengan baik," katanya.

Bayern menghasilkan 32 gol sepanjang 20 perlawanan di bawah kendalian Flick dan kekurangan empat mata berbanding pendahulu Bundesliga, RB Leipzig, menjelang waktu rehat musim sejuk.

Ditanya mengenai masa depannya, Flick berkata: "Kami akan mencari masa untuk duduk bersama dan berbincang.

"Saya tidak terburu-buru dan kita akan lihat apa yang akan berlaku."