Hansi Flick tidak mahu pemain Bayern Munich dibuai dengan kemenangan ke atas Borussia Dortmund walaupun kini di landasan terbaik meraih kejuaraan liga.

Bayern kini memiliki kelebihan tujuh mata di puncak liga tatkala saingan berbaki enam perlawanan tetapi Flick sedar apa sahaja boleh berlaku.

Justeru, pengurus Bayern itu mahu anak buahnya terus berusaha termasuk memburu kejayaan di pentas liga Liga Juara-Juara Eropah dan DFB Pokal.

Bakal melayan kunjungan Fortuna Duesseldorf hari ini, Bayern jelas perlu berhati-hati berdepan pasukan yang bergelut dengan zon penyingkiran ketika ini itu.

"Saya memikirkan bagaimana untuk mengekalkan daya saing," katanya.

"Dusseldorf bukan pasukan yang mudah ditundukkan. Kami harus kerahkan segalanya yang ada dalam baki perlawanan. Saya sangat bersemangat."


Banyak pasukan bergelut untuk menggunakan kesempatan di laman sendiri sejak saingan liga disambung ekoran penangguhan akibat coronavirus sebelum ini tetapi Bayern menuju bertandang ke Dortmund dengan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Eintracht Frankfurt 5-2, minggu lalu.

Selepas ledakan Joshua Kimmich memberikan kemenangan 1-0 di Signa Iduna Park, Flick mahu melihat semangat anak buahnya.

"Sudah tentu kami mahu menewaskan Dusseldorf walaupun ia bakal sukar," tambahnya.

"Kami juga mahu mendapatkan mata maksimum pada setiap minggu."