Hansi Flick masih berharap Philippe Coutinho dapat diturunkan dalam sebahagian perlawanan terakhir Bayern Munich selepas penyerang itu dilaporkan tidak akan menyertai baki saingan musim ini.

Bundesliga akan menjadi liga pertama di Eropah yang akan meneruskan saingannya selepas direhatkan berikutan pandemik Covid-19.

Perancang Bayern, Coutinho, menjalani pembedahan pada 24 April lalu untuk mengeluarkan serpihan longgar di pergelangan kaki kanannya dan dia pada awalnya dijangka memerlukan hanya dua minggu untuk pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, laporan di Sepanyol berkata pemain yang dipinjamkan daripada Barcelona itu tidak dapat diturunkan lagi musim ini kerana mengalami komplikasi ketika proses pemulihannya.

Ia bermakna dia tidak akan dapat bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama Bayern memandangkan kelab itu sudah membuat keputusan untuk tidak bersetuju dengan yuran perpindahan yang ditetapkan untuk mendapatkannya.

Jurulatih Bayern, Flick, bagaimanapun, masih optimis dia akan dapat menurunkan Coutinho dalam beberapa perlawanan.

"Mungkin dia masih akan berada di sini dalam perlawanan terakhir musim ini." katanya kepada Kicker.

#tbt ⚽️

A post shared by Philippe Coutinho (@phil.coutinho) on


Masa depan Coutinho masih dalam kesamaran memandangkan Barca berkata bahawa mereka sedang mencari pembeli secara tetap.

Beberapa kelab dalam Liga Perdana Inggeris turut dikaitkan untuk mendapatkan pemain itu, termasuk Arsenal, Chelsea, Manchester United, Tottenham dan Leicester City.