Flick enggan terbawa-bawa dengan kemenangan Bayern

Oleh Ammar Hakim 15 Ogos 2020 216
Flick enggan terbawa-bawa dengan kemenangan Bayern
Ketua jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick, enggan terbawa-bawa di atas kemenangan 8-2 ke atas Barcelona dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), menegaskan banyak lagi perlu diusahakan.

Bayern mengaibkan Lionel Messi dan Barca di Lisbon awal pagi tadi ketika gergasi LaLiga itu dibolosi lapan jaringan buat pertama kali sejak 1946.

Bayern -- yang mendahului 4-1 pada separuh masa pertama -- meraih gol hasil daripada Thomas Muller dan Philippe Coutinho, manakala Robert Lewandowski, Ivan Perisic, Serge Gnabry dan Joshua Kimmich turut menemui sasaran.

Bayern menjadi pasukan pertama menjaringkan lapan gol dalam peringkat kalah mati dalam sejarah UCL, dan pertama dala Piala Eropah sejak Real Madrid pada 1990-91.



Flick, bagaimanapun kekal tenang di sebalik kemenangan juara Bundesliga itu, yang bakal berdepan Manchester City atau Lyon dalam separuh akhir.

"Saya berasakan kami boleh menikmati perlawanan untuk pasukan kami hari ini," katanya. "Sememangnya kami gembira dengan kemenangan 8-2.

"Tetapi semua orang menyedari banyak lagi perlu kami usahakan. Kami mengetahui betapa pantas perubahan dalam bola sepak. Ia amat penting buat kami membuat persiapan untuk perlawanan seterusnya.

"Sasaran kami adalah mara ke separuh akhir. Kami melakukannya dengan cemerlang. Kami sangat gembira."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen