Flick bingung Bayern tewas di tangan Leverkusen

Oleh Staff Writer 1 Disember 2019 269
Flick bingung Bayern tewas di tangan Leverkusen
Ketua jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick, berang selepas pasukan kendaliannya itu melepaskan peluang di laman sendiri susulan tewas 2-1 di tangan Bayer Leverkusen awal pagi tadi.

Leon Bailey menjaringkan dua gol dalam babak pertama dalam pertemuan Bundesliga di Allianz Arena itu untuk memberikan kekalahan pertama buat tuan rumah sejak Flick dinamakan selaku pengendali sementara.

Bayern menggegar palang tiga kali dan meraih 11 percubaan tepat tetapi tidak mampu menambah jaringan Thomas Muller dalam babak pertama walaupun Jonathan Tah diperintahkan keluar padang ketika aksi berbaki sembilan minit susulan terjahan ke atas Philippe Coutinho.

"Saya tidak boleh mengkritik prestasi pasukan dalam perlawanan ini," katanya.

"Mereka beraksi cemerlang dan mencuba sedaya-upaya untuk menang. Agak bingung apabila gagal mendapatkan mata dalam aksi sebegitu.

"Kami tidak memberikan perhatian dua kali dalam separuh masa pertama sehingga memberikan lawan jaringan. Saya tidak boleh salahkan pasukan selepas melihat komitmen mereka. Kami cuai di depan gol."

Namun, Muller, yang tidak pernah tewas jika dia menjaringkan gol dalam saingan Bundesliga sebelum ini, berasa tuan rumah patut menamatkan pertemuan itu dengan kemenangan.

"Jika kami menang 3-2, 4-2 atau 5-3, tiada siapa boleh katakan ia berhak," katanya.

"Hari ini, kami menentang lawan yang sangat pantas dan bagus dalam babak pertama, terutamanya."

Penjaga gol pelawat, Lukas Hradecky, melakukan banyak aksi tangkas untuk memastikan pasukannya menang di Bavaria tetapi pengurus, Petr Bosz, sedar anak buahnya itu lebih bernasib baik.

"Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini tetapi kami bernasib baik," katanya.

"Kami memiliki banyak peluang berbanding dalam beberapa minggu terakhir tetapi tidak menyumbat gol yang cukup. Kami bernasib baik.

"Saya gembira untuk terus mengutip mata lebih banyak tetapi berpuas hati dengan keputusan hari ini."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen