Flamengo ditabalkan sebagai juara liga Brazil buat kali ketujuh dan kejayaan pertama mereka dalam tempoh 10 tahun -- hanya selang sehari selepas menjulang trofi Kejohanan Copa Libertadores.

Kemenangan Gremio di Palmeiras membolehkan Flamengo untuk memimpin saingan Serie A dengan kelebihan 13 mata dan kedudukan itu tidak lagi dapat diatasi lagi oleh mana-mana pasukan untuk pasukan kendalian Jorge Jesus berkenaan menikmati kejayaan lebih awal tatkala kempen musim ini masih berbaki empat perlawanan.

Dua gol daripada Gabriel Barbosa memastikan Flamengo mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas River Plate dalam final Copa Libertadores semalam lalu mencetuskan pesta di jalanan Rio.

Hujung minggu lalu menjadi detik yang tidak akan dapat dilupakan oleh penyokong Flamengo selepas jaringan Pepe dalam separuh masa kedua membolehkan Gremio melakar kemenangan 2-1 di Palmeiras untuk Flamengo menjamin gelaran Brasileirao yang pertama sejak 2009.