Final Piala AFF: Shahrul akur kelemahan benteng Harimau Malaya

Oleh Staff Writer 12 Disember 2018 4825
Final Piala AFF: Shahrul akur kelemahan benteng Harimau Malaya
Pertahanan negara, Shahrul Saad, mengakui kombinasi baru yang dibentuk di bahagian pertahanan sedikit-sebanyak menjejaskan keampuhan pasukannya ketika terikat 2-2 dengan Vietnam dalam final pertama Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Susulan kecederaan yang melanda dua tonggak, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Syazwan Andik Ishak, tatkala Syahmi Safari digantung satu perlawanan, skuad negara terpaksa menampilkan kombinasi berbeza di posisi pertahanan ketika bertemu Vietnam.

Ia membabitkan Amirul Azhan Aznan di sebelah kanan, Irfan Zakaria dan Shahrul bergandingan di bahagian benteng tengah serta Nazirul Naim Che Hashim selaku pertahanan kiri.

Mereka berjaya menunjukkan keupayaan untuk beraksi, namun dalam beberapa situasi, kematangan tampak menjadi pemisah untuk bersaing dengan lawan, terutama jika melihat kepada persembahan Irfan dan Amirul.

Situasi itu jelas memberi kesan besar kepada Shahrul yang terpaksa menampilkan usaha lebih tinggi dalam melindungi pertahanannya daripada dibolosi.

"Saya rasa itu adalah satu kebebasan kepada pertahanan. Kami harus sentiasa bantu-membantu. Irfan dan Amirul beraksi kali pertama dalam kesebelasan utama dan saya rasa mereka telah memberikan yang terbaik," kata Shahrul.

"Pemain bola sepak tidak berdepan situasi mudah dalam final. Bukan saya sahaja rasa tekanan itu. Jika diberi peluang lagi, saya akan buat yang terbaik," tambah Irfan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen