Final Piala AFF: Safawi tekad teruskan kecemerlangan

Oleh Staff Writer 12 Disember 2018 1289
Final Piala AFF: Safawi tekad teruskan kecemerlangan
Penyerang skuad bola sepak negara, Safawi Rasid, mengakui jaringan sulungnya dalam Piala Suzuki AFF 2018 ketika menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam melonjakkan keyakinannya untuk terus menyumbat gol dalam aksi final kedua di Hanoi, Sabtu ini.

Safawi menerima kritikan peminat susulan kegagalannya menghasilkan jaringan buat skuad negara sebelum ini.

Malah, dia turut menjadi bahan jenaka oleh netizen susulan percubaannya ketika bertemu Thailand dalam aksi separuh akhir pertama di Bukit Jalil, jauh melewati palang gol.

Bagaimanapun, semalam menjadi saksi Safawi muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan buat Harimau Malaya, sekali gus mengikat Vietnam 2-2 dalam aksi final pertama sehingga membolehkannya dipilih pemain terbaik perlawanan.

"Pertama sekali, syukur saya dapat menjaringkan gol peribadi pertama tetapi ia adalah hasil daripada rakan-rakan yang membantu. Bagi saya, siapa yang menjaringkan gol, itu tidak penting kerana kemenangan adalah lebih bermakna tetapi kami seri.

"Kami akan cuba lakukan yang terbaik di Hanoi untuk mendapatkan keputusan positif," kata Safawi.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen