Final Copa del Rey: Presiden baru Barcelona harap dapat pujuk Messi 

Oleh Shaiful Shamsudin 17 April 2021 2252
Final Copa del Rey: Presiden baru Barcelona harap dapat pujuk Messi 
Presiden Barcelona, ​​Joan Laporta, yakin Lionel Messi akan menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama pasukan gergasi LaLiga itu. 

Kontrak Messi akan berakhir hujung musim ini dan masa depan pemain berusia 33 tahun itu dengan Barca masih tidak menentu di sebalik minat daripada Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City.

Laporta bertekad untuk mengekalkan Messi yang telah menghabiskan sepanjang karier seniornya di Camp Nou.

Ketika Barca bersiap sedia untuk perlawanan akhir Copa del Rey dengan Athletic Bilbao, awal pagi esok, Laporta sempat memberikan pandangannya mengenai pemenang enam Ballon d'Or itu. 

 

"Semuanya berjalan dengan baik," katanya kepada Deportes Cuatro.

"Saya akan melakukan segala yang terdaya berdasarkan kemampuan kelab ini demi mengekalkannya. Itulah yang kami akan lakukan. Messi bermotivasi.

"Dia adalah pemain yang luar biasa dan saya yakin dia juga ingin terus berada di Barca."

Messi muncul pendahulu trofi Kasut Emas dengan meledak 23 gol liga selain mencipta lapan peluang jaringan dalam 28 penampilan LaLiga musim ini.

Secara keseluruhan, Messi telah menjaringkan 29 gol sepanjang kempen 2020-21.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen