Fikiran Martinez perlu tenang -- Marotta

Oleh Ammar Hakim 7 Julai 2020 26
Fikiran Martinez perlu tenang -- Marotta
Ketua eksekutif Inter, Giuseppe Marotta, berkata, Lautaro Martinez 'mesti mencari ketenangan jiwa' di tengah spekulasi melibatkan dirinya dengan juara LaLiga, Barcelona.

Martinez -- yang berpindah ke Milan dari Racing Club pada tahun 2018 -- telah diberikan peluang untuk meninggalkan pasukan Serie A Inter dan menyertai Barca penghujung musim ini.

Penyerang Argentina itu telah menjaringkan 16 gol sebelum kempen dihentikan ekoran Covid-19 Mac lalu tetapi dia hanya mencetak satu kali dalam enam perlawanan sejak dimulakan semula, dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika tewas 2-1 Ahad lalu kepada Bologna.

Marotta -- enggan berpisah dengan pemain berusia 22 tahun itu -- mengatakan Martinez perlu mendapatkan kembali tumpuannya ketika perjuangan kelab dalam saingan Serie A belum berakhir.

"Terdapat dua faktor yang perlu dipertimbangkan, persaingan kompetitif yang berkaitan dengan jendela perpindahan, yang berjalan serentak," kata Marotta kepada Sky Sport Italia.

"Inter tidak mahu menjual seorang pemuda berusia 23 tahun seperti Martinez, tetapi ini adalah masa khabar angin mula tersebar.

"Kami melihat Lautaro seorang pemain hebat pada separuh pertama musim ini dan berjaya menarik perhatian kelab-kelab besar.

"Sekarang, dia mesti mencari ketenangan untuk menjamin Inter terus cemerlang di tahap terbaik seperti separuh pertama musim ini."



Marotta turut berkata Inter perlu lebih bersabar dengan pemain yang tiba Januari lalu, Christian Eriksen, yang bergelut mencari persembahan yang konsisten sejak tiba dari Tottenham.

Eriksen turut meledak tiga gol dalam semua pertandingan dan melakukan dua bantuan jaringan dalam saingan Serie A, di mana Inter menghuni tangga ketiga liga -- empat mata di belakang penghuni tangga kedua, Lazio sementara berkelebihan satu mata ke atas Atalanta yang tampil dengan aksi cemerlang ketika saingan berbaki lapan perlawanan.

"Eriksen menyertai Inter Januari lalu, sememangnya terdapat beberapa masalah di atas padang yang tidak dapat dielakkan," tambahnya. "Dia seorang pemain yang berkualiti dan mampu memberikan lebih lagi. Kami hanya perlu bersabar dengannya.

"Terdapat baki lapan perlawanan dan 24 mata yang perlu diraih, kami mengalami empat kekalahan, terlalu banyak dan ia tidak mencerminkan projek yang mahu kami usahakan.

"Bagi Liga Europa (UEL), kami akan cuba untuk memenanginya, kami tidak mengetahui kemampuan pasukan lawan tetapi kami perlu percaya. Kami perlu bermain untuk menang dan ia adalah objektif kami."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen